Sunday, November 28, 2010

Panorama Alam Bahagian 2

Perjalanan seterusnya menuju kes sebuah resort yang terletak di atas bukit. Resort yang cukup cantik dan dibina dengan berbagai kemudahan seperti kolam renang, kolam memancing dan juga terdapat dusun buah-buahan tempatan.

Panorama Alam Bahagian 1

Melihat panorama alam seperti hutan, sungai, bukit dan banjaran gunung yang terbentang indah sungguh mendamaikan lebih-lebih lagi bila dapat mendengar deruan air yang mengalir melalui batu-batu kecil dan besar yang menjadikan liku-liku itu seperti sebuah lukisan yang sungguh indah.

Persinggahan pertama di Pulau Santap, Janda Baik. Melihat betapa indahnya kejadian alam ini. Sungai yang mengalir tanpa henti. Airnya yang sejuk serta dihiasi dengan batu batan besar dan kecil tersusun rapi menjadikan pemandangan lebih cantik dan menarik. Hamparan pasir yang halus, ramai kanak-kanak dan orang dewasa yang bermain dan mandi manda di sungai ini. Terbayang kegirangan diwajah mereka.

Dulunya persekitaran agak sunyi tetapi hari ini banyak pembangunan yang telah wujud di sepanjang tebing sungai. Pembangunan ini serba sedikit telah menyebabkan sungai menjadi semakin sempit dan alirannya sedikit terganggu.

Hargailah alam sekitar terutama sungai yang menjadi sumber air utama kepada kita dan generasi akan datang.

Monday, November 22, 2010

Bangunan Sultan Abdul Samad

Pemandangan yang sungguh indah di waktu malam. Bangunan ini mempunyai dua warna yang akan bertukar mengikut waktu yang ditetapkan.

Bangunan yang dibina sebelum merdeka dan telah melalui pengubahsuaian bagi mengekalkan struktur dan rupabentuknya hingga ke hari ini.








Saturday, November 20, 2010

Mesyuarat AJK Persatuan Bekas Pelajar SMKT

Gambar-gambar semasa mempengerusikan mesyuarat AJK Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kem Terendak (SMKT) Melaka.


Wednesday, November 17, 2010

JALAN BERTINGKAT

Dalam memenuhi kehendak pengguna jalanraya di bandar besar seperti Kuala Lumpur, jalanraya bukan saja dibina di atas permukaan tanah tetapi telah mencapai teknologi baru yang lebih canggih. Teknologi membina jalan bertingkat. Kos membina jalan bertingkat lebih mahal berbanding dengan jalan biasa. Pembinaan strukturnya yang kuat bagi menampung bebanan dan juga gegaran sekiranya berlaku gempa dan sebagainya.

Pembinaan jalan bertingkat seperti ini adalah untuk menyuraikan pergerakan trafik serta memudahkan pengguna pergi ke sesuatu tempat dan dapat mengelak dari kesekan jalan ketika waktu puncak.

Bagi membina jalanraya seperti ini banyak bukit ditarah dan dikorek supaya dapat menjimatkan jarak perjalanan. Bayangkan betapa susahnya untuk membina jalan bertingkat seperti ini. Sekarang terdapat jalan yang melebihi tiga tingkat.

Sunday, November 14, 2010

SENI FOTOGRAFI

Blog ini memuatkan hasil karya fotografi saya untuk dikongsi bersama teman-teman. Bagi memantapkan lagi karya dalam seni fotografi ini saya harap dapat bantuan dan tunjuk ajar dari rakan-rakan yang telah lama berkecimpung dalam kerjaya atau yang meminati seni fotografi.

Saya percaya diluar sana ramai rakan-rakan bekas pelajar sekolah, universiti dan juga rakan sekerja mahupun sesiapa saja yang meminati seni fotografi. Semakin hari semakin ramai yang saya temui dan mereka semua memiliki kamera dan peralatan yang lengkap seperti lensa yang canggih, flash, tripod dan sebagainya yang menjadikan mereka kelihatan begitu lengkap dan bersedia untuk merakamkan detik-detik indah dan juga sesuatu imej yang amat bermakna.

Saya baru saja cuba berjinak-jinak dan pastinya hasil kerja saya belum setanding dengan rakan-rakan yang telah lama memiliki kamera dan peralatan lengkap seperti seorang profesional fotografer.